Monday, February 7, 2011

assalamualaikum dan salam ukhwah kepada semua umat islam. J                                                      

dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim..

ana ingin menceritakan ketika ana berada di Sekolah Menengah Seri iskandar, Bota, Perak.. di sekolah tersebut telah mengadakan sebuah kem iaitu KEM KEINDAHAN BERSAMAMU, dibwh kuasa IKRAMteens J  selama dua hari, satu malam pada tarikh 29 & 30 Januari. Ana sebagai fasi. Ana sorg je la yg masih lagi bekerja, manakala fasi2 lain tuhh student di Universiti Petronas, Kolej Profesional Mara, dan bekas pelajar SMK Seri Iskandar. Sahabat ana, MARYAM tidak dapat hadir ke kem tersebut ada masalah skit, ana harap sahabat ana dapat menjadi fasi di kem akan dtg. Amin.
Ketika ana sampai di sekolah tersebut, ana gementar dan malu sbb ana sorg je la yg penuh rela dan semangat nak dtg kem tersebut dgn tak sempat nak sarapan, perut berbunyi.. ohh sakitnya, tapi ana bertahan. Ana xkesahh, asalkan ana rasa seronok. hehe J  tetibe sahabat ana (lelaki) iaitu ASNAWI HASHIM dtg ke sekolahh. Dia pun fasi jugak merupakan bekas pelajar SMK Seri Iskandar. Fasi2 lain semua da dtg tetapi lelaki laa, yg perempuan xde lagi. Ana rasa da mcm kekok pun ade, takut pun ade.. budak2 perempuan sedang lihat2 sikap ana yg penuh cemas, mereka cam kenal ana pun ade. Ana ni sebenarnye bekas pelajar SMK Seri Iskandar jugakk masa form 1 je, form 2 da pindahh ke Cheras, Selangor.  Hehe. Tapii ana abaikan ape yg dieorg lihat2 terhadap diri ana, ana terus pergi ke tempat lain. Alhamdullilah ana da pun bertemu dgn ukhti2 yg menjadi fasi iaitu Ukhti Hafsah, Ukhti Izzah, Ukhti Zaleha, Ukhti Nadia, dan Ukhti Rahimah( student2 Universiti Petronas). Ukhti2 lain belum sampai lagi. Ana da rasa selesa da. Huhu..
Program pun da mula.. Pak Teh dan Akhi Bob pun handle kan budak2 lelaki dan perempuan utk memulakan program tersebut. Manakala kami  semua berada di bilik seni belakang dewan, kami diarahkan oleh Akhi Fahmi agar buat yg terbaik di kem ini selama 2 hari harap xmenghampakan ibubapa mereka.. untuk menyedarkan sikap adik2 ini. Pastuh ukhti2 dr Kolej Profesional Mara punn dtg iaitu Ukhti Liyana, Ukhti Balkhis, Ukhti Shahirah, dan Ukhti Dina. Wahhh byk btol ukhti2 J ana suke. Huhu. Apabila sudah selesai taklimat Akhi Fahmi.. Pak Teh menyuruh kami naik ke pentas utk memperkenalkan diri kami semua. Ana memperkenalkan diri ana, ana berkerja sbgi guru, umur rahsia. Haha.. budak2 perempuan terus xberani nak tgur, tapi ana dapat bertemu dengan jiran2 ana yg lama di Bandar Universiti iaitu adik FAIROZE, dan adik FATAHIAH.  Mereka mengenali siapa ana. Da lama xjumpe mereka. Haihhh, mengingatkan kesah kami kecik2 dulu. Huhu. Rindu btol! :D  fasi2 semua kena pggil adik2 laki (adik sayang) manakala adik2 perempuan (Adik kasih)
Apabila slot yg menyedihkan iaitu PERSAHABATAN, membuatkan adik2 rasa sedihh, dan nanges. L  Pak Lang menyuruh siapa sukarela untk meluahkan isi hati mereka sila dtg ke depan.. budak2 perempuan semua rasa takut, ana sbgi fasi terpaksa memujuk mereka dan bg kata2 penuh semangat, sbb ia merupakan peluang kite. Peluang ni  hanya dtg sekali, bukan berkali2, malah jarang didapati peluang yg diberi. Maka adik ini pun rela dan pergi mendapatkan mikrofon utk meluahkan isi hati die, ana rasa bangga melihat kekuatan dan ketabahan adik tersebut, bukan adik itu saja, adik2 lain pun mule merelakan diri utk berdepan.. syabas buat adik2. Allah pasti suka melihat hambanya berani dan tabah.. ana pun rasa nak nanges apabila mereka meluahkan isi hati mereka yg lama terpendam di lubuk hati mereka.
……………………………………………………………………………………………………………
Ps: kepada sahabat2 ana, ana ingin luahkan dr hati.. ape yg ana pendam selama ni.. ana meminta maaf dr hujung rambut ke hujung kaki. Ana bukan lupekan sahabat2 ana di Selangor, dan abaikan sahabat2 ana. Biasa lahh dah duduk kg terpaksa mencari rezeki utk keluarga, dan berjumpa dengan kawan2 lama. Ana masih ingat lg persahabatan kita. Ana  cuma terasa bile kalian slalu berkata kepada ana, ana ni LUPA KAWAN, hati ana terus tak tenteram.. ana rasa ana ni kawan yg tidak ADIL dalam persahabat an.. lebih2 kan kawan Perak berbanding kawan Selangor. Jangan berfikiran cmtuhh. Ana minx tlg sgt.. L ana sedar mesti semua org anggap ana ni kawan yg  “annoying”. Hmm.. ana telah menghampakan korg, ana minx maaf sgt2. Setiap manusia sentiasa melakukan kesilapan, ampunilahh mereka..
……………………………………………………………………………………………………………
Kite pergi balikk topikk yg patut diceritakan J
Ana tak lehh nak ceritakan dgn lebih mendalam mengenai kem ni, RAHSIA. minx maaf ea. Hehehe. Ketika di waktu malam, ana dan fasi2 lain telah diarahkan oleh Akhi Fahmi, harus member taklimat mengenai “kenapa kita tidak bersedia utk mati”.. ana terlantas ape yg ana perlu lakukan, ini merupakan kali pertama ana kne memberi taklimat kepada adik2. Pada keesokan hari, apabila azan subuh telah berkumandang, adik2 semua harus menunaikan solat, tapi sayangnya, ana sorg saja fasi L mane ukhti2 lain, ukhti2 UTP tidur di hostel universiti. Manakala ukhti2 kpm, ada yg sdg tidur kerana keletihan, selesaikan masalah kes budak semput.. kesian ukhti Ude dan ukhti Shahirah.. manakala ukhti BALKHIS kena melihat adik2 siapa blum tdur dan ukhti DINA pula kne jaga bilik fasi.. ana? Tidur.. hahaha. Tuh pasal ana bgun awal.. J
Apabila selesai solat subuh, ana harus melaksanakan tugas ana utk memberi taklimat kpd adik2 kasih. Tetapi mana ukhti2 lain, naseb baik ukhti Shahirah dtg.. huh! Ukhti laa penyelamat ana.. kami kne separate kan adik2 kasih ni kpd dua kumpulan.. punya la ramai adik2 kasih. Huhu. Tiba2 ukhti2 lain da dtg, ukhti Hafsah, ukhti Izzah, dan ukhti Zaleha.. wahh ni mudah kerja ana. Huhu. Setiap fasi kne ambil kumpulan mereka. Ade jugak kumpulan tuhh xde fasi, so ana terpaksa mengambil 4 kumpulan, campur kumpulan ana 5 la jd nye. Kumpulan ana paling besar, terpaksa ana wat gaya spontan dan openminded kpd adik2 kasih. Alhamdullilah adik2 kasih semuanye selesa dgn cara ana.  ukhti Shahirah ade 3 kumpulan, manakala ukhti Hafsah ade 2 kumpulan, yg lain plakk satu. Ana memberi taklimat kpd adik2 kasih, ape yg terlantas dlm fikiran ana. Ya ALLAH, ape yg ana sampaikan itu adalah benar, tujuan ana utk membetulkan sikap adik2 kasih ini dan sedarkanlah kesalahan mereka. Byk jugak ana mengemukakan topik, ana kaitkan dgn ALLAH, NABI, IBUBAPA, GURU2, dan DIRI SENDIRI. Ana xlupe juga ape yg Akhi Fahmi ckp pasal “kenapa kita tidak bersedia mati”.. ramai adik kasih menyebut mengenai solat mereka, membaca al-quran, dan hubungan ibubapa dan anak menjadi renggang. Ana bile dgr masalah mereka.. ana rase ni pun ade kaitan dgn diri ana. Hmm.. kesian dgn adik2 kasih. Ana harap ALLAH sentiasa membantu adik2 kasih yg ana sayangi. L
Setelah selesai taklimat, adik2 kasih kne siap2kan brg utk di bawa pulang ke rumah.. sampai sini je laa, ana cerita kalau sesiapa berminat nak dgr cerita ini, ana akan teruskan bercerita.. tetapi ni mcm rahsia plakk. Huhu. Abaikan la oke assalamualaikum, terima kasih kerana baca post ana ini J
……………………………………………………………………………………………………………
Ps: bila da habis program, ana telah dipelawa oleh ukhti2 semua, ya ALLAH seronoknya :D cm xsangke plak.. ukhti2 bawa ana pergi makan kfc, taman maju. J terima kasih kepada ukhti Rahimah sbb belanja ana makan, manakala ukhti Hafsah dan ukhti Izzah hantar ana sampai ke rumah.. tak lupa juga ukhti Nadia ketika ana sakit perut, tatau nape.. mungkin salah mkn. Ukhti Nadia sanggup pergi ke kedai berjauhan dari sekolah membeli roti dan air soya. Ya ALLAH, ada juga hamba2 yg begitu baik terhadap ana J bru kenal kenalan. Harap dapat mengeratkan lagi hubungan kami. Amin. I love ukhti2 yg dikasihi ALLAH
………………………………………………………………………………………………………
Alhamdullilah, ana tgk skola ni da mencecah 400 lebih pelajar yg mengikuti program ini dan merupakan kali pertama. Patut lah bahan2 kami semua tak cukup. Huhuhu. Sampai dewan da penuhh. Dgn adik2 kasih dan sayang. Hehe >.<