Friday, July 20, 2012

Arwah Ummiku, Hanizan



Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarokatuh
kepada semua umat islam
dan salam ramadhan buat semua umat islam,
semoga bulan mulia ini, kita perbanyakkan ibadah. insyaAllah. :)

Semalam hari jumaat merupakan ramadhan 1 pada tarikh 20 Julai 2012
ana rasa gembira dapat meraikan bulan ramadhan yg mulia pada tahun ini, adakah kita dapat raikan ramadhan yang akan dtg, insyaAllah, semoga Allah panjangkan umur kita agar kita dapat perbaiki diri kita dan bertaubat kpdNya.


alhamdulillah, semalam dapat ziarah kubur arwah mak ana di Ipoh, Perak bersama ayah ana, mak tiri ana, kakak anam anak buah ana dan sahabat seperjuangan ana, Nadia. syukran kepada sahabat kerna menemani kami. ketika di kawasan perkuburan islam di Ipoh, ana hanya duduk di dalam kereta kerana hal2 tertentu, hanya Dia Maha Mengetahui, manakala yang lain pergi ke kubur arwah mak dan atok. sblum mereka pergi kubur tersebut. sekilas pandang ana dapat rasakan kubur berwarna hijau itu adalah kubur arwah mak ana. sedangkan ana tak pernah tau kubur arwah mak ana berwarna apa. ini kali kedua ana datang menziarah. ana rasa sebak dan dapat rasakan dia berada disisi ana dengan wajah yg tersenyum. ana mampu memberi doa tahlil buatnya. hatiku tetap tabah dan redha atas pemergiannya. sudah 5 bulan, 1 minggu, dan 5 hari. sekarang baru ku menziarah kuburnya.

ketika di rumah mak cik ana di Ipoh, mak cik ana menangis di depan ana, beliau berkata;
"hangpa semua tak ziarah kubur mak hangpa, biar ja dia di hutan. sunyi ja disana. hangpa anak2 tak kesian ka. kalau boleh ziarah la, sedekah la. kami semua sayangkan dia"


ana mampu terdiam, ana mampu menangis dalam hati. itu kelemahan ana menangis tanpa mengeluarkan air mata. yang tahu ana menangis secara realnya arwah mak ana dan Dia shj. Kalaulah ana ada kenderaan sendiri. insyaAllah, ana akan ziarah. tapi alhamdulillah, ayah ana nak pergi kubur arwah mak ana dan atok ana mesti ana nak ikut. walaupun ana berada di kampus.

ana tak bermaksud nak biarkan mak ana terbiar di dalam hutan, cume ana sebagai muslimat. tidak elok pergi ke kubur. seelok2nya, biarlah ada muslimin. di kampus, ana sentiasa berdoa utknya.


kami semua sayangkan arwah mak, apetah lagi Allah SWT lebih menyayanginya.
Bulan ramadhan tahun, kekurang seorg dalam keluarga kami. tapi ana rasa kami tak rasa kekurangan kerna kami dapat rasakan dia ada disisi kami, ketika kami berbuka puasa ataupun lain2 lagi. we always thinking of you, mak.

insyaAllah, minggu depan ana akan ziarah lagi kubur arwah mak dengan sahabat2 seperjuangan ana. ada juga aktiviti kami dalam bulan ramadhan ini utk menziarah kubur dan buat doa tahlil di ketuai oleh pak cik ana, Ami Yassin. semoga Allah sembuhkan pak cik ana agar dapat ikuti bersama kami. Amin.




 syukran jazilan ya antum. sbb sudi membaca, sedekahkan lah al-fatihah kepada arwah mak ana dan atok ana. semoga mereka ditempatkan orang2 yang beriman. :) assalamualaikum