Saturday, October 1, 2011


Assalamualaikum wbr
Alhamdulillah, ana masih bergiat lagi dalam blog ni. ^^,
alhamdulillahh ana masih mempertingkatkan lagi iman ana, asyik naik turun naik turun melawan bisikan syaitann.. rase kne mengoda dari ajakann iblis tuh. sempatlahh membaca bismillah, pastuhh puh! puh! puh! sblah kiri ana. pergii ko jauh2! lesap laa si iblis yg boleh merosakkan iman hamba Allah yg Allah sayangi <3 kalau baca bismillah dah mengikut Sunnah Nabi Muhammad.. hehe..


masyaAllah, ana suka wanita berpurdah.. bila nampak je wanita pakai purdah ni. ana tertarik, tak boleh laa nak menoleh2 pandangan sbb ana suke sgt la.. cantik. :) tapi ana tak boleh nak memakainye lagi. niat dah ade da.. nak pakai dah.. kedua ibubapa ana tidak mengizinkan. ayah ana cakap jangan terlampau extreme sgt nak memakai purdah.. Allah tak suka lebih2.. hmm ana mampu terdiam sahaja. takpe2 asalkan ana ingin mencapai title wanita solehah.. asalkan mak ayah ana tidak menghalang ana memakai tudung labuh 60 bidang.. sudah cukup la buat ana..


membaca al-quran menjadi aktiviti rutin seharian buat ana.. biar laa satu muka surat, biar laa sepotong ayat asalkan kita mengerti ayatnya. :) kalau baca 4 muka surat.. tapi tidak mengerti apa2, rasa tidak ada feel pula.. ya kann. ana pernah juga tertinggal, rasa down iman ana, memikirkan di alam kubur.. subhanAllah.. rasa takut. bab hafalan mmg ana lemah, anak murid ana cakap kalau kite dah hafal, tapi kite dah lupa ayat tersebut dah kire berdosa.. masyaAllah, ana mengaku dan sedar ana masih lemah bab hafalan ni apetah lagi seorg yg pelupa. ana harap ana nak berusaha, berusaha, berusaha lagi supaya tidak menjadi seorg yg pelupa, apetah lagi lupa akan surah2nye.. tapi org cakap ana ni kuat ingatan. pelik juga. takpelahh kekuasaan Allah, hanya Allah sahaja yg mengetahui. syukur alhamdulillah, hasil titik peluh ana dapat juga duit utk membeli tafsir al-quran, akhirnya dapat juga, beli di Ikhwan Abadi, Bandar Universiti. :D


ana sering juga menonton tv channel tv al-hijrah ^^ channel 114.. inspirasi hidup ana.. kalau time cuti kerja je mesti tgk tv-al-hijrah.. yg paling best tgk 'suara hati'.. mengisahkan Sunnah Nabi Muhammad, ana suka ciri2 lelaki tuh pandai menyampaikan ilmu dan dakwah. 
hehe sempat mengambil gambarnye. inilahh antum mesti tgk dan hayati apabila beliau menyampai Sunnah Nabi Muhammad kepada kita. mak ana pun tgk juga.. ni boleh dijadikan aktiviti dalam kehidupan kita. banyak juga ilmu yg ana belajar dari beliau ni.. 


lelaki soleh! pilihan ana, ana harap insan bernama lelaki ni faham la isi hati ana. ana nak berubah pasti die sokong! tidak boleh menghalang ana jalan yg lurus nih. ana harap die laa memimpin ana ke syurga dan mendidik anak2 ana skali.. insyaAllah, ana akan jadi wanita solehah utk die dan juga si Dia.. ana harap die pun turut menjaga ikhtilat dan pergaulan, ana pun sedang perbaiki diri ana.. alhamdulillah, ana jarang bergaul yg bukan muhrim ana. mudah2an, ana merancang, Allah menentukan. kalau bukan jodoh dgn die pun, mungkin Allah bagi lebih baik, ana redha.. ana berada di dunia.. ana mengejarkan dunia dan akhirat.. ana berada di dunia ni hanya sementare bukan selamenye.. selamenye berada di akhirat nanti. 


insyaAllah, ana ingin mengejar cita2 menjadi seorang akauntan yg berjaya. insyaAllah. ana masih belum menjejaki kampus, insyaAllah juga bulan 11 nanti ana akan memasuki ke Universiti Teknologi Mara Seri Iskandar di Perak ambil jurusan fakulti perakaunan.. ana harap ana tak sia2kan usia ana di Universiti. baru di peringkat diploma.. ana harap dapat la sambung Ijazah macam kakak ana.. tidak sabar rasenye nak berhijrah ke tempat baru tapi berdebar utk menghadapi pelbagai ujian yg akan menanti kedatangan ana.. masyaAllah.. ya Allah, ketemukan laa ana dengan orang2 yang beriman dgnMu dan sehala malah sehaluan dgn ana.. amin ya rabb. :)

oke gtg, ana tak leh nak menghadap laptop ni lama2 pening pula. oke assalamualaikum.. terima kasih kerna sudi membaca blog ana.