Wednesday, July 27, 2011



Andainya Rasulullah Masih Ada..
Ingin Sekali Mendengar Gurauannya.

Kisah 1:
Anas bin Malik r.a berkata: “suatu hari, Zahir - seorang lelaki kampung (Badwi), memberikan hadiah dari kampungnya kepada Rasulullah s.a.w Rasulullah pun membungkusnya ketika hendak pulang. Baginda berkata kepada sahabat yang lain. ‘Zahir ialah orang Badwi yang merupakan sebahagian daripada kita, dan kita pula adalah orang kota yang akan selalu menyayanginya. ‘Rasulullah s.a.w sendiri sangat menyenangi Zahir , walaupun Zahir tidak memiliki wajah yang kacak dan tampan.
     Suatu ketika, Rasulullah s.a.w menghampiri Zahir yang sedang menjual barang dagangan. Baginda terus mendakap Zahir dari belakang. Zahir yang tidak dapat melihat orang yang mendakapnya pun berkata, ‘Siapa ini? Lepaskan aku!’ Setelah itu, Zahir pun sempat menoleh dan mengetahui bahawa orang yang mendakapnya itu ialah Rasulullah s.a.w. Dengan itu, Zahir membiarkannya agar dapat didakap terus oleh insan agung yang terpilih., Rasulullah s.a.w. Kemudian secara bergurau, Rasulullah berkata, ‘Siapakah yang hendak membeli budak ini?
(Riwayat al-Tirmizi dan Ahmad)
-hehehe, chomel jee kan citer die, alangkah bgusnye dapat gurau olehnya. (: truely i love u because of ALLAH.



Kisah 2:
Hassan Al-Basri berkata:
“Seseorang perempuan yang sudah tua menghampiri Rasulullah s.a.w. sambil berkata , ‘Wahai Rasulullah doakanlah agar saya masuk syurga.’ Baginda pun menjawab, “Wahai Ummu! Syurga tidak dihuni oleh perempuan yang sudah tua.’ Mendengar hal itu, perempuan itu segera beredar sambil menangis.
      Maka Rasulullah berkata kepada sahabatnya, ‘Beritahu kepada Ummu itu bahawa dia tidak masuk syurga dalam keadaan tua, Allah berfirman: Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. (Surah al-Waqiah ayat 35-37)”
(Riwayat al-Tirmizi dan al-Tabarani)
-ape yang ana tauu di syurga ituu ada bidadari untuk orang-orang yang beriman (: jadi kepada lelaki, jangan laahh memilih paras rupa, kite disini hanya meminjam jasad ALLAH dan laksanakan perintahnya sahaja. Biar nampak cantik pada hati, jangan nampak cantik pada paras rupa.
Wallahualam. Assalamualaikum, terima kasih kerana sudi membaca (: ana taip ni semula dari buka GenQ. Harap antum dapat juga membeli buku tersebut. Sebab buku tersebut sememangnye best untuk remaja macam kita nih. ^_^