Wednesday, May 18, 2011

SURAH ABASA

     Assalamualaikum wbr kepada semua umat islam dan salam ukhwah kepada antum ^^.
Dengan lafaz bimillahirahmannirrahim..

Disini ana ingin berkongsi cerita mengenai ayat2 suci al-Quran ^^. Ana menyampaikan tafsir al-wadhih dalam usrah ana iaitu menyampaikan surah ‘ABASA.
Surah ini merupakan surah Makkiyyah dan mengandungi 42 ayat. Surah ini memperkatakan kisah Ibnu Ummi Maktum. Disamping memperjelaskan bahawa al-Quran adalah satu peringatan. Kemudian surah ini menerangkan tentang asal kejadian manusai dan ia mengalih pandangan kepada makanan dan minuman  manusia. Mudah-mudahan mereka mengambil peringatan. Surah ini juga tidak mengenepikan gambaran kehidupan akhirat dan suasanannya. Mari lahh kita rujuk surah tersebut untuk menghayati ayat2nya.
Keterangan Ayat
    Diriwayatkan  bahawa Ibnu Ummi Maktum datang bertemu Rasulullah s.a.w.. Beliau merupakan sepupu Khadijah binti Khuwailid sebelah ibu dan beliau merupakan seorang yang buta. Tujuan kedatangan beliau ialah untuk bertanya tentang bacaan al-Quran dan mempelajari isi kandungannya sebagaimana yang diajar oleh Allah kepada RasulNya. Ketika itu beberapa orang pembesar Quraish berada bersama Rasulullah s.a.w. antaranya ‘Utbah bin Rabi’ah, adiknya Syaibah, Abu Jahal bin Hisyam, Umayyah bin Khalaf dan pembesar-pembesar lain. Nabi s.a.w. sibuk berdakwah mengajak mereka memeluk islam dengan mengingatkan mereka tentang Allah dan hari Akhirat. Rasulullah s.a.w amat-amat prihatin dan bersungguh-sungguh agar mereka beriman atas dasar percaya bahawa keislaman mereka akan menyebabkan orang lain akan turut beriman.
     Apabila Ibnu Ummi Maktum sampai, beliau berkata: “Wahai Rasulullah bacakan kepadaku al-Quran dan ajarkan aku apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu.” Sedangkan ketika itu Rasulullah s.a.w. sibuk berbincang dengan para pembesar musyrik. Baginda tidak senang dengan permintaan Ibnu Ummi Maktum sebagai teguran dan berpaling memasamkan muka. Lalu ayat-ayat ini diturunkan sebagai teguran kepada Nabi s.a.w. secara lembut dan halus. Kerana baginda tidak mempedulikan seorang miskin lagi buta yang dating bertanya dan ingin menambahkan ilmu dan cahaya iman, tetapi member tumpuan kepada orang-orang kaya dan berkuasa. Tindakan ini telah melukakan hati para fakir miskin. Bagi memperbetulkan keadaan tersebut, Rasulullah s.a.w. ditegur kerana Baginda memasamkan muka kepada si miskin yang buta.
    Bukankah teguran yang jelas ini menjadi bukti bagi mereka yang insaf bahawa Rasul ini bersikap benar dalam semua perkara yang disampaikannya, dan al-Quran ini datangnya daripada ALLAH dan bukan rekaan Baginda?


Surah ‘ABASA (ayat 33-42)
   Setelah disenaraikan beberapa nikmat dan peringatan tentang nikmat Allah , manusia sepatutnya terpanggil untuk membuat pemerhatian yang benar, jauh daripada sifat sombong , kufur dan derhaka. Dengan itu Allah Taala mula memperingatkan kita tentang hari Kiamat dan kengeriannya yang menjadikan manusia lari daripada orang yang amat dikasihinya.

Ayat 33-37
  Apabila berlaku kiamat dan datangnyasuara jeritanyang dahsyat, pada hari itu semua manusia melari dan menjauhkan diri daripada adik beradiknya. Mereka juga tidak mengambil pembantu dan penolong. Iaitu hari seorang sahabat karib tidak memberi manfaat kepada akrabnya sedikitpun dan mereka tidak dapat pertolongan. (maksud al-Dukhan: 41). Sedangkan sebelum ini ketika di dunia mereka meminta bantuan dan berbangga dengannya. Bahkan  pada hari tersebut mereka lari daripada kedua ibu bapanya. Malah mereka turut lari daripada orang yang amat dikasihi seperti isteri dan anak-anak. Bagaimana ini boleh terjadi?. Pada hari tersebut semua orang sibuk menguruskan hal masing-masing dan tidak menghiraukan keluarga dan saudara-maranya.
Ayat 38-39
  Pada hari Kiamat kamu akan lihat manusia yang mempunyai muka berseri-seri, dada yang lapang, ketawa menyeringai dan wajah-wajah yang gembira. Itulah raut muka boring mukmin yang beriman dan beramal soleh.
Ayat 40-42
  Sementara itu, ada wajah yang sebaliknya, berdebu, diselubungi kegelapan, kerungsingan, gila dan duka lara. Mereka adalah orang kafir yang kufur dengan Allah, RasulNya dan hari Akhirat. Dahulu ketika di dunia mereka derhaka dan keluar daripada batas-batas syarak, akal fikiran dan uruf yang sahih. Mereka dengan berani melakukan kejahatan, itulah balasan mereka dan itulah kesudahan yang paling buruk.

Wallahualam.

Sampai disini sahaja ana taip utk menyampaikan dakwah2. Ambil lah beberapa pengajaran dan menjadi panduan kehidupan kita.. insyaALLAH, mudah2an kita bukan golongan orang2 kafir dan memandang pangkat darjat itu semua.. assalamualaikum, syukran kerana sudi membaca artikel ini… ana harap antum semua rujuk lahh kepada tafsir al-Qurann utk menjadi sebahagian aktiviti kita pada masa terluang.