Friday, July 20, 2012

Arwah Ummiku, Hanizan



Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarokatuh
kepada semua umat islam
dan salam ramadhan buat semua umat islam,
semoga bulan mulia ini, kita perbanyakkan ibadah. insyaAllah. :)

Semalam hari jumaat merupakan ramadhan 1 pada tarikh 20 Julai 2012
ana rasa gembira dapat meraikan bulan ramadhan yg mulia pada tahun ini, adakah kita dapat raikan ramadhan yang akan dtg, insyaAllah, semoga Allah panjangkan umur kita agar kita dapat perbaiki diri kita dan bertaubat kpdNya.


alhamdulillah, semalam dapat ziarah kubur arwah mak ana di Ipoh, Perak bersama ayah ana, mak tiri ana, kakak anam anak buah ana dan sahabat seperjuangan ana, Nadia. syukran kepada sahabat kerna menemani kami. ketika di kawasan perkuburan islam di Ipoh, ana hanya duduk di dalam kereta kerana hal2 tertentu, hanya Dia Maha Mengetahui, manakala yang lain pergi ke kubur arwah mak dan atok. sblum mereka pergi kubur tersebut. sekilas pandang ana dapat rasakan kubur berwarna hijau itu adalah kubur arwah mak ana. sedangkan ana tak pernah tau kubur arwah mak ana berwarna apa. ini kali kedua ana datang menziarah. ana rasa sebak dan dapat rasakan dia berada disisi ana dengan wajah yg tersenyum. ana mampu memberi doa tahlil buatnya. hatiku tetap tabah dan redha atas pemergiannya. sudah 5 bulan, 1 minggu, dan 5 hari. sekarang baru ku menziarah kuburnya.

ketika di rumah mak cik ana di Ipoh, mak cik ana menangis di depan ana, beliau berkata;
"hangpa semua tak ziarah kubur mak hangpa, biar ja dia di hutan. sunyi ja disana. hangpa anak2 tak kesian ka. kalau boleh ziarah la, sedekah la. kami semua sayangkan dia"


ana mampu terdiam, ana mampu menangis dalam hati. itu kelemahan ana menangis tanpa mengeluarkan air mata. yang tahu ana menangis secara realnya arwah mak ana dan Dia shj. Kalaulah ana ada kenderaan sendiri. insyaAllah, ana akan ziarah. tapi alhamdulillah, ayah ana nak pergi kubur arwah mak ana dan atok ana mesti ana nak ikut. walaupun ana berada di kampus.

ana tak bermaksud nak biarkan mak ana terbiar di dalam hutan, cume ana sebagai muslimat. tidak elok pergi ke kubur. seelok2nya, biarlah ada muslimin. di kampus, ana sentiasa berdoa utknya.


kami semua sayangkan arwah mak, apetah lagi Allah SWT lebih menyayanginya.
Bulan ramadhan tahun, kekurang seorg dalam keluarga kami. tapi ana rasa kami tak rasa kekurangan kerna kami dapat rasakan dia ada disisi kami, ketika kami berbuka puasa ataupun lain2 lagi. we always thinking of you, mak.

insyaAllah, minggu depan ana akan ziarah lagi kubur arwah mak dengan sahabat2 seperjuangan ana. ada juga aktiviti kami dalam bulan ramadhan ini utk menziarah kubur dan buat doa tahlil di ketuai oleh pak cik ana, Ami Yassin. semoga Allah sembuhkan pak cik ana agar dapat ikuti bersama kami. Amin.




 syukran jazilan ya antum. sbb sudi membaca, sedekahkan lah al-fatihah kepada arwah mak ana dan atok ana. semoga mereka ditempatkan orang2 yang beriman. :) assalamualaikum

Friday, November 11, 2011

Dia datang kepadaku :')



Dia datang kepada ana di waktu itu keperluan
Semasa ana jadi hilang, jadi kesepian
Dia datang kepada ana, ketika ana mengambil nafas diri
Menunjukkan kepada ana cara yang betul, ana untuk memimpin

Dia memenuhkan hati ana dengan kasih sayang,
Menunjukkan kepada ana di atas cahaya
Sekarang ana mahu semua akan bersama dgnNya

Dia Cinta Maha Esa buat ana
Mengajar ana untuk tidak pernah menjadi hakim
Sekarang ana mahu semua akan bersama dgnNya

Dia datang kepada ana dalam masa yang putus asa
Ana menyeru Dia, Dia berada di sana
Tanpa Dia, adakah hidup ana bermakna?
Tidak tahu yang ghaib, di antara dunia

Ana berkorban untukNya
Ana akan memberikan hidup ana untukNya
Apa-apa, hanya untuk bersamaNya

Ana berasa hilang pada bila-bila masa
Oleh semua menyakitkan dan terletak
Sekarang ana mahu semua akan bersama dgnNya

Menunjukkan ana betul dengan yang salah
Mengajar ana untuk menjadi kuat
Perlu Dia lebih daripada biasa
Ya Rasul Allah

Dia datang kepada ana
Pada waktu itu keperluan
Perlu Dia lebih daripada biasa
Ya Rasul Allah

Dia memenuhkan hati ana dengan kasih sayang,
Menunjukkan kepada ana di atas cahaya
Sekarang ana mahu semua akan bersama dgnNya

Menunjukkan hak dengan yang salah
menunjukkan saya betul dengan yang salah


ya Allah, ana benar2 mencintaiMu, ana mohon perdekatkan diri ana ini dgnMU ya Allah.

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarokatuh
kepada semua umat islam. ^_^

Alhamdulillah, usia ana sudah pun mencecah 18 Tahun.  Hehe.. ana masih ingat lagi masa ana keluar bersama kedua ibubapa ana pergi ke tesco Manjung, nak beli broadband celcom menggunakan kad ic ana. Dah sampai kat kaunter Celcom, ana pun hulurkan kad ic ana kat akak tuh nak daftar, ttbe die datang balik kat ana. Die ckap dik ni lahir 9 November ea. Ana pun cakap laa, Ha’ah.. nape akak? akak tuh kate dik xcukup umur lagi. Hah?! Xcukupp umur. Ayah ana terkejut, laa ayah ingatkan dik dah besaq dahh, mencecahh usia dah. Ana cakap ayah ni sampai hatii tak ingat hari lahir adik. Mak ana tersenyum je. Jadi, terpaksa laa menggunakan kad ic mak ana.
Sekarang dah 18 kan :P hehe bleh buat broadband sendiri nant.


Baru2 ni, ana ade buat kek cokelat. First time buat nih, Alhamdulillah dapat juga menghasilkan 3 kek cokelat. :D hehe suka suka. Syukran ea mak sbb ajar adik buat kek. Biar dik nak belaja buat kek utk menyambut kelahiran dik sendiri. ^_^ syukran jugaa, mak ana tukang rasa. Mak ana kata “sedap”. Hehe ana pun erkk ye ke? Blehh la tuh. Mak ana cakap lepas ni buat lagii ea dik. Camne ni mak T_T lagi 4 hari adik nak pergi kampus. Huahh sedihnye.  Xsempat nak buat kek untuk abang. Tapii btol laa. Orang slalu kate.. kalau kite sentiasa menyebut bismillah, selawat ke atas nabi.. pasti makanan tuh sedap (: syukur Alhamdulillah kek tuh pun sudah dihabiskan.


Ana harap ana ingin menjadi wanita solehah dimuka bumi ini dan sentiasa memperdekatkan diri ana dgnNya. InsyaAllah, ana kuatkan diri menjadi wanita solehah. Itu yang ana harapkan. Mudah2an atas usaha ana agar tercapai impian ana dan hasrat ana. Amin . ((:

syukran kerna sudi membaca ^_^ assalamualaikum.

Saturday, November 5, 2011

ya Allah..

Sunyi?


Ana tak pernah rasa sunyi sbb ana ada Dia disisi, iaitu kekasihku ya Allah.

Dia telah memberi insan2 yang tersayang kepada ana iaitu

“kedua ibubapa ana yg ana sayangi, adik beradik ana, kawan-kawan seperjuangan ana”


Yang utama ialah “SAUDARA SE-ISLAM”


Berdakwah, Berjuang, Berjihad!

Dengan laungan takbir, sudahh cukup mengetarkan jiwaku mengingatiNya dgn penuh semangat.

Ana tidak kesah, walaupun ana xde teman, sudah cukup la si Dia menjadi teman ana. Gembira, sedih, menangis hanya Dia lebih memahami dan Maha Mengetahui isi hati ana. Dia akan memberi petunjuk melalui sahabat seperjuangan ana. Syukran kepada Allah yang Maha Berkuasa. Ana rasa syukur sangat, Allah tlah memberi sahabat2 yang sentiasa mendampingi ana ketika ana susah dan senang..  
Dulu ana jahil, tidak sedar kehadiranNya.. sedangkan Allah sentiasa bersama dgn ana 24 jam. Ana skit2 cakap, im lonely, im lonely… Ana yg tak berusaha mendekatkan diri ana dgnNya. Malah Dia masihh menyayangi ana. Ana khilaf, ana dah sedar.. jadi ana nak dekatkan diri ana ngan Dia. Aminn. Ana harap sangat hatii ana nii dkat dgnNya. Disebabkan Allah, hati ana jadi tenteram semula dgn membaca al-Quran, kitab kesayanganku. Melaksanakan perkara wajib agar dapat berkomunikasi dgnNya.


What I gonna to say, I LOVE ALLAH!

Friday, October 21, 2011


Assalamualaikum wbr :)
Alhamdulillah, ana masih lagi bergiat dalam blog ana, minta maaf atas kekhilafan ana. Ana sibuk buat kertas 
periksa iqra utk anak2 murid ana. Alhamdulillah! Siap!! Syukur alhamdulillah.. :D

Disini ana nak kongsikan citer mengenai title of Ustazah ni.. Alhamdulillah, impian ana tercapai juga menjadi seorg guru sementare malah mendapat gelaran ustazah di Sekolah Rendah Islam Nurul Ehsan di Titi Gantong, Perak. Syukur kepadamu ya Allah sbb Allah tlah memberi ana peluang utk menceburi dalam bidang seorg guru hampir satu tahun. Macam2 dugaan dan cabaran yang ana hadapi ni. Teringat masa ana spm, ana tulis dalam buku usrah ana, hasrat ana ingin menjadi seorang guru dan seorang ustazah. insyaAllah, pada suatu hari nanti. Alhamdulillah, ana sedar ana tidak mengambil jurusan agama. Tapi ana tetap berusaha utk mencari ilmunya melalui pelbagai cara seperti berusrah, melalui majalah ilmiah dan memperbanyakkan menonton tv yg bermotivasikan diri ana ni. Tidak setanding laa dgn Ustazah Pilihan dan Muslimah Solehah, mereka semua pengetahuan agama. Bak kata mak ana, dik cikgu tidak bertauliahh. Oke mak, mekacih.. sje cari pengalamann kannn.



Sebelum tuh, di sekolah lama tempat ana mengajar dan mendidik digelar Muallimah. Pertengahan tahun, ana tukar ke sekolah berdekatan dgn rumah ana.  Tanya bakal anak murid ana, ana tanye. Aten, aten.. dkat skolah aten panggil cikgu ape? Aten cakap ustazah. Ana cakap kne pggl semua ustazah ke? Aten cakap ha’ah. Allah! Ana rasa gementar pun ade.. ana anggap ustazah ni satu tanggungjawab yang besar.. ana susahh nak terima lagi ana ni seorang ustazah kepada anak2 murid ana. Ana rujuk2 balik ape itu gelaran ustazah? Ape yang ana faham, ustazah ni seorang guru yg menyampai ilmu agama.. ana fikir2 balik, ana mengajar matematik, sains dan seni jeee. Kenapa tak panggil cikgu je? Tetibe ana diberi tugasan lagi satu iaitu mengajar budak mengaji skali. Oke now ana boleh trima dgn gelaran itu dgn 10% hehe. dalam fikiran ana ustazah ni penampilannye lembut.. tapi ana tgk diri ana ni, garang? Hehe.. ana garang tuhh sbb nak berusaha menyampaikan ilmu kepada anak2 murid ana.

Bagi ana semuanye tanggungjawab besar, ana silap. Tidak semestinye seorg ustazah tuhh pun tanggungjawabnye besar.. semua nye sama je cthnye, seorg doktor.. nak merawat pesakit yg kritikal dari kemalangan.. nyawa pesakit tuh berada di tgn doktor.. kalau doktor tuhh bedah die elok2.. syukur alhamdulillah, kalau tak? Antum dah bleh tauu sendiri. Apetahh lagi, seorg laki. Ni dah tau secara umum dah kan. ^_^ dah nampak depan mata kite sendiri.


Ana pernah cakap dgn seorg insan ni, ana teringin menjadi seorg ustazah.
Die cakap “jgn! tanggungjawab nye besar”, kalo die pegang tnggungjawab tuh, die sendiri tak mampu. ana terpedaya dgn kata2nya. Ana pun pendam laa hasrat tuh. Entah sampai bile. Alhamdulillah, ana tanye kawan ana(Muafah), walaupun tak pernah berjumpa, tapi ana syukur kerna ana tlah bertemu dgn seorg sahabat yg disayangNya iaitu muafah, dalam alam handphone hehe melalui kawan ana, cakap muafah ni skola di maahad. Ana pun tanye pendapat die mengenai ustazah ni, btol ke tnggungjawabnye besar? Die pun jawab dgn penuh ringkas dgn seribu makna. Die cakap “semua tanggungjawab kite, semuanye besar”, kite tak boleh lari dari tanggungjawab ni.. die bg pelbgi cnth. Ana fikir2 balik, btol cakap die. Kenapa ana senang diperdaya oleh kata2 seorg insan ni dgn senang skali. Pendapat muafah sama ngan kawan2 ana yg lain.. ana silap skali lagi. Alhamdulillah ana masih truskan hasrat ni. Ana merancang, Allah menentukan.. Alhamdulillah, perjalanan ana dari awal tahun sampai ke harinie, ana masih menjadi seorg guru dan seorg ustazah.. dan ana masih nak perbaiki diri ana ni dgn lebih baik lagi. tidak lama lagi nak berhenti, masuk ke alam baru, iaitu ke kampus le utk menuntut ilmu menjadi seorg siswi laa nmpk gayenye. eheh ^^,
Oke laa antum, ana taip sampai sini je laa. Syukran kerna sudi baca blog ana :D

teringin juga nak jadi Ustazah Anna, ahah!


Saturday, October 1, 2011


Assalamualaikum wbr
Alhamdulillah, ana masih bergiat lagi dalam blog ni. ^^,
alhamdulillahh ana masih mempertingkatkan lagi iman ana, asyik naik turun naik turun melawan bisikan syaitann.. rase kne mengoda dari ajakann iblis tuh. sempatlahh membaca bismillah, pastuhh puh! puh! puh! sblah kiri ana. pergii ko jauh2! lesap laa si iblis yg boleh merosakkan iman hamba Allah yg Allah sayangi <3 kalau baca bismillah dah mengikut Sunnah Nabi Muhammad.. hehe..


masyaAllah, ana suka wanita berpurdah.. bila nampak je wanita pakai purdah ni. ana tertarik, tak boleh laa nak menoleh2 pandangan sbb ana suke sgt la.. cantik. :) tapi ana tak boleh nak memakainye lagi. niat dah ade da.. nak pakai dah.. kedua ibubapa ana tidak mengizinkan. ayah ana cakap jangan terlampau extreme sgt nak memakai purdah.. Allah tak suka lebih2.. hmm ana mampu terdiam sahaja. takpe2 asalkan ana ingin mencapai title wanita solehah.. asalkan mak ayah ana tidak menghalang ana memakai tudung labuh 60 bidang.. sudah cukup la buat ana..


membaca al-quran menjadi aktiviti rutin seharian buat ana.. biar laa satu muka surat, biar laa sepotong ayat asalkan kita mengerti ayatnya. :) kalau baca 4 muka surat.. tapi tidak mengerti apa2, rasa tidak ada feel pula.. ya kann. ana pernah juga tertinggal, rasa down iman ana, memikirkan di alam kubur.. subhanAllah.. rasa takut. bab hafalan mmg ana lemah, anak murid ana cakap kalau kite dah hafal, tapi kite dah lupa ayat tersebut dah kire berdosa.. masyaAllah, ana mengaku dan sedar ana masih lemah bab hafalan ni apetah lagi seorg yg pelupa. ana harap ana nak berusaha, berusaha, berusaha lagi supaya tidak menjadi seorg yg pelupa, apetah lagi lupa akan surah2nye.. tapi org cakap ana ni kuat ingatan. pelik juga. takpelahh kekuasaan Allah, hanya Allah sahaja yg mengetahui. syukur alhamdulillah, hasil titik peluh ana dapat juga duit utk membeli tafsir al-quran, akhirnya dapat juga, beli di Ikhwan Abadi, Bandar Universiti. :D


ana sering juga menonton tv channel tv al-hijrah ^^ channel 114.. inspirasi hidup ana.. kalau time cuti kerja je mesti tgk tv-al-hijrah.. yg paling best tgk 'suara hati'.. mengisahkan Sunnah Nabi Muhammad, ana suka ciri2 lelaki tuh pandai menyampaikan ilmu dan dakwah. 
hehe sempat mengambil gambarnye. inilahh antum mesti tgk dan hayati apabila beliau menyampai Sunnah Nabi Muhammad kepada kita. mak ana pun tgk juga.. ni boleh dijadikan aktiviti dalam kehidupan kita. banyak juga ilmu yg ana belajar dari beliau ni.. 


lelaki soleh! pilihan ana, ana harap insan bernama lelaki ni faham la isi hati ana. ana nak berubah pasti die sokong! tidak boleh menghalang ana jalan yg lurus nih. ana harap die laa memimpin ana ke syurga dan mendidik anak2 ana skali.. insyaAllah, ana akan jadi wanita solehah utk die dan juga si Dia.. ana harap die pun turut menjaga ikhtilat dan pergaulan, ana pun sedang perbaiki diri ana.. alhamdulillah, ana jarang bergaul yg bukan muhrim ana. mudah2an, ana merancang, Allah menentukan. kalau bukan jodoh dgn die pun, mungkin Allah bagi lebih baik, ana redha.. ana berada di dunia.. ana mengejarkan dunia dan akhirat.. ana berada di dunia ni hanya sementare bukan selamenye.. selamenye berada di akhirat nanti. 


insyaAllah, ana ingin mengejar cita2 menjadi seorang akauntan yg berjaya. insyaAllah. ana masih belum menjejaki kampus, insyaAllah juga bulan 11 nanti ana akan memasuki ke Universiti Teknologi Mara Seri Iskandar di Perak ambil jurusan fakulti perakaunan.. ana harap ana tak sia2kan usia ana di Universiti. baru di peringkat diploma.. ana harap dapat la sambung Ijazah macam kakak ana.. tidak sabar rasenye nak berhijrah ke tempat baru tapi berdebar utk menghadapi pelbagai ujian yg akan menanti kedatangan ana.. masyaAllah.. ya Allah, ketemukan laa ana dengan orang2 yang beriman dgnMu dan sehala malah sehaluan dgn ana.. amin ya rabb. :)

oke gtg, ana tak leh nak menghadap laptop ni lama2 pening pula. oke assalamualaikum.. terima kasih kerna sudi membaca blog ana.

Sami Yusuf - Al-Mu'allim

sami yusuf ^^


Assalamualaikum wbr
alhamdulillah, sekarang ana ada peluang untuk meluangkan bersama dengan blog ni. hehe. disini ana nak cerita mengenai sami yusuf ^^, ana tatauu kenapa bile tgk video die, mesti naik bulu roma dan mengeletar sdkit apabila die menyebut nama Allah dan Nabi Muhammad.. ana sentiasa mengulang2 lirik die.. menarik laa. ana tatau nape, kalau boleh nak je dgr lagu die. lagu die ni memberi semangat buat ana.. 






lagu die kebanyakannya balada.. lembut.. :D
tapi tak pernah la nampak sami yusuf buat persembahan di Malaysia. Maher Zain pun ape kurgnye, ana pun minat juga ^_^ hehe.. biar laa die nyanyi tuh ana xfaham skit asalkan dgr name Allah dan Nabi Muhammad, sudah cukup buat ana, ana mengaku bahasa inggeris ana pun tak seberape. tapi ana faham ape yg die sampaikan.. tgk lirik pun jadi laa. :)






Thursday, September 1, 2011



Assalamualaikum wbr.
Disini ana hanya kongsi gambar sahaja :) rasa seronok meraikan hari raya bersama sahabat2 lama ana di Seri Iskandar.

ni berada di rumah ana, kampung titi gantong :)

sayang anti, rinduuu laaa. rasa seronok juga beraya dgn kawan2 :)

izzah, anda terbaik sbb jadi pemandu yg sukarelawan nak bawak kami ke mana2 :D tapi duit minyak, ade juga mike support ^_^ hehe syukran ea izzah.

Alhamdulillah, semmgnye best beraya dgn mereka. :) lepas ni xde laa nak beraya macamni kan. xpe yg menentukan Allah, insyaAllah kita akan dapat beraya bersama2 :) hehe

Wednesday, July 27, 2011



Andainya Rasulullah Masih Ada..
Ingin Sekali Mendengar Gurauannya.

Kisah 1:
Anas bin Malik r.a berkata: “suatu hari, Zahir - seorang lelaki kampung (Badwi), memberikan hadiah dari kampungnya kepada Rasulullah s.a.w Rasulullah pun membungkusnya ketika hendak pulang. Baginda berkata kepada sahabat yang lain. ‘Zahir ialah orang Badwi yang merupakan sebahagian daripada kita, dan kita pula adalah orang kota yang akan selalu menyayanginya. ‘Rasulullah s.a.w sendiri sangat menyenangi Zahir , walaupun Zahir tidak memiliki wajah yang kacak dan tampan.
     Suatu ketika, Rasulullah s.a.w menghampiri Zahir yang sedang menjual barang dagangan. Baginda terus mendakap Zahir dari belakang. Zahir yang tidak dapat melihat orang yang mendakapnya pun berkata, ‘Siapa ini? Lepaskan aku!’ Setelah itu, Zahir pun sempat menoleh dan mengetahui bahawa orang yang mendakapnya itu ialah Rasulullah s.a.w. Dengan itu, Zahir membiarkannya agar dapat didakap terus oleh insan agung yang terpilih., Rasulullah s.a.w. Kemudian secara bergurau, Rasulullah berkata, ‘Siapakah yang hendak membeli budak ini?
(Riwayat al-Tirmizi dan Ahmad)
-hehehe, chomel jee kan citer die, alangkah bgusnye dapat gurau olehnya. (: truely i love u because of ALLAH.



Kisah 2:
Hassan Al-Basri berkata:
“Seseorang perempuan yang sudah tua menghampiri Rasulullah s.a.w. sambil berkata , ‘Wahai Rasulullah doakanlah agar saya masuk syurga.’ Baginda pun menjawab, “Wahai Ummu! Syurga tidak dihuni oleh perempuan yang sudah tua.’ Mendengar hal itu, perempuan itu segera beredar sambil menangis.
      Maka Rasulullah berkata kepada sahabatnya, ‘Beritahu kepada Ummu itu bahawa dia tidak masuk syurga dalam keadaan tua, Allah berfirman: Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. (Surah al-Waqiah ayat 35-37)”
(Riwayat al-Tirmizi dan al-Tabarani)
-ape yang ana tauu di syurga ituu ada bidadari untuk orang-orang yang beriman (: jadi kepada lelaki, jangan laahh memilih paras rupa, kite disini hanya meminjam jasad ALLAH dan laksanakan perintahnya sahaja. Biar nampak cantik pada hati, jangan nampak cantik pada paras rupa.
Wallahualam. Assalamualaikum, terima kasih kerana sudi membaca (: ana taip ni semula dari buka GenQ. Harap antum dapat juga membeli buku tersebut. Sebab buku tersebut sememangnye best untuk remaja macam kita nih. ^_^ 

Tuesday, July 26, 2011

novel-novel srikandi islam by Zahiruddin Zabidi

assalamualaikum wbr
kepada semua umat islam

ana ingin berkongsi cerita mengenai novel2 srikandi islam. sbnarnye ana tidak suka membaca novel2 ni. sejak ade virus gile kan novel oleh anak murid ana, nurul izzah sulaiman di Sekolah Rendah AL-Hidayah. ana tertarik dengan sebuah buku novel srikandi islam yang bertajuk Rabiatul Adawiyah


jalan cerita dalam novel ni amat menarik, beliau merupakan srikandi islam zaman rasulullah. ana baca novel ni selama 2 hari sbb buku tuh kepunyaan anak murid ana. ^^,

pastuh ana beli novel yg kedua pula iaitu Aminah.




ya Allah, ana sukakannya. kisah ini memang menarik buat ana. sifatnya pun ana suka. ana baca novel nih selama 3 hari. teringin juga melihat wajah ayah nabi Muhammad s.a.w :) dan melihat wajah Aminah


yang ke3 ni pula, ana sedang menunggu di kedai2 kitab ade ke tidak, harap2 ade. dgr kate ni keluaran baru. huh, mudah2an ana dapat memilikinya.



huh, tidak sabar rasanye. tengok kulit buku ni pun, dah xsabar nak beli. ^_^


ps: ana suka kalau para novel mengeluarkan kisah srikandi2 nih boleh jadi panduan hidup buat ana. oke assalamualaikum, ana menaip sampai disini sahaja. 

Wednesday, May 18, 2011

SURAH ABASA

     Assalamualaikum wbr kepada semua umat islam dan salam ukhwah kepada antum ^^.
Dengan lafaz bimillahirahmannirrahim..

Disini ana ingin berkongsi cerita mengenai ayat2 suci al-Quran ^^. Ana menyampaikan tafsir al-wadhih dalam usrah ana iaitu menyampaikan surah ‘ABASA.
Surah ini merupakan surah Makkiyyah dan mengandungi 42 ayat. Surah ini memperkatakan kisah Ibnu Ummi Maktum. Disamping memperjelaskan bahawa al-Quran adalah satu peringatan. Kemudian surah ini menerangkan tentang asal kejadian manusai dan ia mengalih pandangan kepada makanan dan minuman  manusia. Mudah-mudahan mereka mengambil peringatan. Surah ini juga tidak mengenepikan gambaran kehidupan akhirat dan suasanannya. Mari lahh kita rujuk surah tersebut untuk menghayati ayat2nya.
Keterangan Ayat
    Diriwayatkan  bahawa Ibnu Ummi Maktum datang bertemu Rasulullah s.a.w.. Beliau merupakan sepupu Khadijah binti Khuwailid sebelah ibu dan beliau merupakan seorang yang buta. Tujuan kedatangan beliau ialah untuk bertanya tentang bacaan al-Quran dan mempelajari isi kandungannya sebagaimana yang diajar oleh Allah kepada RasulNya. Ketika itu beberapa orang pembesar Quraish berada bersama Rasulullah s.a.w. antaranya ‘Utbah bin Rabi’ah, adiknya Syaibah, Abu Jahal bin Hisyam, Umayyah bin Khalaf dan pembesar-pembesar lain. Nabi s.a.w. sibuk berdakwah mengajak mereka memeluk islam dengan mengingatkan mereka tentang Allah dan hari Akhirat. Rasulullah s.a.w amat-amat prihatin dan bersungguh-sungguh agar mereka beriman atas dasar percaya bahawa keislaman mereka akan menyebabkan orang lain akan turut beriman.
     Apabila Ibnu Ummi Maktum sampai, beliau berkata: “Wahai Rasulullah bacakan kepadaku al-Quran dan ajarkan aku apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu.” Sedangkan ketika itu Rasulullah s.a.w. sibuk berbincang dengan para pembesar musyrik. Baginda tidak senang dengan permintaan Ibnu Ummi Maktum sebagai teguran dan berpaling memasamkan muka. Lalu ayat-ayat ini diturunkan sebagai teguran kepada Nabi s.a.w. secara lembut dan halus. Kerana baginda tidak mempedulikan seorang miskin lagi buta yang dating bertanya dan ingin menambahkan ilmu dan cahaya iman, tetapi member tumpuan kepada orang-orang kaya dan berkuasa. Tindakan ini telah melukakan hati para fakir miskin. Bagi memperbetulkan keadaan tersebut, Rasulullah s.a.w. ditegur kerana Baginda memasamkan muka kepada si miskin yang buta.
    Bukankah teguran yang jelas ini menjadi bukti bagi mereka yang insaf bahawa Rasul ini bersikap benar dalam semua perkara yang disampaikannya, dan al-Quran ini datangnya daripada ALLAH dan bukan rekaan Baginda?


Surah ‘ABASA (ayat 33-42)
   Setelah disenaraikan beberapa nikmat dan peringatan tentang nikmat Allah , manusia sepatutnya terpanggil untuk membuat pemerhatian yang benar, jauh daripada sifat sombong , kufur dan derhaka. Dengan itu Allah Taala mula memperingatkan kita tentang hari Kiamat dan kengeriannya yang menjadikan manusia lari daripada orang yang amat dikasihinya.

Ayat 33-37
  Apabila berlaku kiamat dan datangnyasuara jeritanyang dahsyat, pada hari itu semua manusia melari dan menjauhkan diri daripada adik beradiknya. Mereka juga tidak mengambil pembantu dan penolong. Iaitu hari seorang sahabat karib tidak memberi manfaat kepada akrabnya sedikitpun dan mereka tidak dapat pertolongan. (maksud al-Dukhan: 41). Sedangkan sebelum ini ketika di dunia mereka meminta bantuan dan berbangga dengannya. Bahkan  pada hari tersebut mereka lari daripada kedua ibu bapanya. Malah mereka turut lari daripada orang yang amat dikasihi seperti isteri dan anak-anak. Bagaimana ini boleh terjadi?. Pada hari tersebut semua orang sibuk menguruskan hal masing-masing dan tidak menghiraukan keluarga dan saudara-maranya.
Ayat 38-39
  Pada hari Kiamat kamu akan lihat manusia yang mempunyai muka berseri-seri, dada yang lapang, ketawa menyeringai dan wajah-wajah yang gembira. Itulah raut muka boring mukmin yang beriman dan beramal soleh.
Ayat 40-42
  Sementara itu, ada wajah yang sebaliknya, berdebu, diselubungi kegelapan, kerungsingan, gila dan duka lara. Mereka adalah orang kafir yang kufur dengan Allah, RasulNya dan hari Akhirat. Dahulu ketika di dunia mereka derhaka dan keluar daripada batas-batas syarak, akal fikiran dan uruf yang sahih. Mereka dengan berani melakukan kejahatan, itulah balasan mereka dan itulah kesudahan yang paling buruk.

Wallahualam.

Sampai disini sahaja ana taip utk menyampaikan dakwah2. Ambil lah beberapa pengajaran dan menjadi panduan kehidupan kita.. insyaALLAH, mudah2an kita bukan golongan orang2 kafir dan memandang pangkat darjat itu semua.. assalamualaikum, syukran kerana sudi membaca artikel ini… ana harap antum semua rujuk lahh kepada tafsir al-Qurann utk menjadi sebahagian aktiviti kita pada masa terluang. 



Tuesday, May 10, 2011

Assalamualaikum wbr kepada semua umat islam
Dengan lafaz bismillahirahmannirrahim.

Disini ana sengaja je nak bercerita mengenai telinga ana ni.. ^^.  Dari kecil lagi telinga ana bermasalah. Telinga ana ni kurang jelas.. orang panggil je ana xdengar, sampaikan orang itu berjumpe dengan ana, knape xdgr pggilan die? ana dah terpinga2.. ya Allah, macamne lahh ana nak pergi interview atau nak sambung blaja nant. Risau juga. Harap2 ape yang orang sampaikan kpd ana tuhh dengar dgn jelas. Amin.
Baru2 nih, ana pergi program kem bersamamu di Sekolah Menengah Batu 10, Lekir, Sitiawan, Perak. Ana menjadi seorang fasilitator selama 2 hari 1 malam dengan gelaran Dila. Pada satu malam tuh, bermula lahh babak sedih mengenai ibu bapa kita.. semua peserta khusyuk berdoa, ana pun turut sama.. tetibe tangan ana tersentuh telinga ana, telinga ana terus kurang dengar. Ana cube korek, tgk2 berdarah. Hati ana gelisah.. ini kali pertama berlaku. Ukhti2 lain cube tgk telinga ana. Salah seorang ukhti tuh kata banyak darahh. Ya Allah, lagi bertambah panik. Ana terus mendiamkan diri..
Esoknya, setelah selesainya kem tuhh, Ukhti Khadijah Johor sanggup menghantar ana ke hospital Manjung. Bila doktor tuh check, doktor tuh cakap, esok juga kene pergi hospital Teluk Intan.. WAJIB! Allah, ana rasa menyusahkan mak ayah je suh teman ana pergi hospital Teluk Intan, lagi2 Ukhti Khadijah.. die banyak tolong ana. Tapi nak buat cmne terpaksa juga teman ana nih.. kritikal la juga. 2 minggu mengajar budak, kurang dgr. Alhamdulillah, dengar juga akhirnya tapi jelas skit laa. Hehehe.
Dah 3 minggu letak titis ubat telinga dalam telinga, ade appointment ari jumaat. Ana pergi ke hospital Teluk Intan, doktor tuhh bg lagi ubat titis telinga.. hmmm 6 minggu lagi. Xpe, sabar.. nak kasi jelas punya pasal.. ^^. Hehe doktor nib g surat m/c kali pertama, nama ayah ana dah salah. Kali ke2 nihh nama ana dan nama ayah ana plak salahh.. huhuhu. Xpe laa asalkan bg kat Ukhti Zana.. xde laa ana niih bohong kat die.. ^^.
Okela sampai disini sahaja ana ingin berkongsi cerita. insyaALLAH, lain hari ana akan bercerita lagi ea. assalamualaikum 

Sunday, April 3, 2011

ana rindu sgt bertadarus, al-qurann ni la menjadi temanku..

assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh..
dan salam ukhwah kepada semua umat islam.
dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim.

alhamdulillah ana masih aktif lg dgn blog yg penuhh islamic ni, eceh2! skrgg ade kekangann skit.. sbbnye pasni ana da jarang la on9. hehehe xpe2, insyaALLAH blog ana masihh lagi aktif.. :D ana ingin berkongsi cerita yg ana  btul2 rinduu dgn tadaruss al-quran bersama mak ana dan kawan ana.. jarangg sgt.. ana slalu sibukk dgn kerja2 di SRAHSI, tapi ade juga tadarus dalam usrahh, mmg seronok bile membce al-qurann dgn sahabat ana dgn naqibah. =,=  kebetulann ana dapat gaji, ana beli lahh tafsir al-qurann berwarna hijauu, warna kegemaran ana.. sblumm tuhh, kat bdr universiti ade pasar malam, ana balik dr kerja pi singgah japp.. pastuhh lalu la depan kdai ikhwan abadi(menjual kitab, bju muslimahh, tudung2, dan pelbagainya lgi).. ana ternampak la tafsir al-qurann yg bru je dihantar olehh hamba ALLAH, ana trus ziarahh. ana tgk2 satu persatu.. mule2 pilihh warne ungu, tak jadi la pilihh pink plakk, pun xjadi laa ternampakk pula warne hijauu tuhh hehe ^^ trus ana minx tlg kat pak cik tuhh tlg simpankann tafsir ni sbb ana mmg nak beli.. tggu gaji kuar. hehe kdai tuhh mmg tempat ana punye favourite la.. ape yg ana nak ade je kat kdai tuhh ^^. hehe alhamdulillah.. masa beli tuhh mak cikk tuhh kasi turun harga, harga sebnarnye rm 52, ttbe kasiii kurang plakk rm 45.. wow... jauhh tuhh, selain beli tafsir.. ana beli baju muslimahh dan buku majalah solusi edisi 30.. bju muslimahh pun die kasi kurg juga. wahh suke2.. hehehe terima kasihh ya ALLAH, ALLAH ni mmg  MAHA PEMURAHH.. (: ana pun suka2 laa.. hehehe sampai tertinggal brg ana sendiri.. hehe :)


Di sekolah al-hidayah, setiap kali ana balik kerja.. ana harus bertadarus bersama sahabat ana, maryam dkat pejabat.. sbnarnye ana xkhatam lg al-qurann.. ana slalu pindah2.. kne cari org mengajar al-quran pun susa.. lama juga ana tgglkann. mule la lupe hukum tajwid tuhh, ALLAH! malu juga rasanye.. skrgg ana berusaha mempelajari bersama kawan ayah ana punye isterii: cik ros namanye. (: maniskan name beliau ni. hehe.. mereka la mengajar ana kembali utk mengenali ape hukum2 tajwid ni semua, rasa syukur la.. bile bertadarus dgn sahabat ana, ana baca tergagap, sifat maluu tuh pun ade juga.. tapii ana akan berusaha utk fasihkan lagi membaca.. dalam beberape bulann kawan ana cakap, ana dahh fasihh membaca, ya ALLAH suka ana dibuatnye, terima kasih ya ALLAH... ^^ ana turut gembiraa.. kalau dgn budak2 ana turut mempelajarinya juga :) ape hukum2nye ana da tau. hehehe mmg seronokk la.. skrg jarang pula bertadarus.. tapi ana xkann tgglkan al-quran.. skrg da ade tafsir al-quran sendiri, bolehh bawa dimana2 sahaja (: 


Di rumahh pula, mak ana sentiasa meminta bantuann dr ana utk merujuk bcaannya, btul ke tak hukum tajwidnye tuhh.. disebabkan adenye tafsir al-quran. bile mak ana habis bce satu muke surat ayat al-qurann, ana akan translate kan dan membaca ayat tafsirann tuhh dkat mak ana. mak ana berkata kan bgus kite memahami ayat al-quran tuhh.. hehehe ana turut tersenyumm dan gembira ^^  kiteorg pernah juga bertadarus bersama.. rinduu rasanye (: kdg2 dgn cik ros, ana bce al-quran.. bile benti je satu ayat, gerenti la kne soal,, tergagapp ana dibuatnye.. ana main taram ja.. tgk2 btol, hehehe kdg2 salahh hahaha lg laa.. ^^ xpe2 ana akan catat ape yg ana mempelajarinya hehe..


bile bce al-quran sorg2, ana rasa risau pula bcaan salahh, ALLAH je la MELIHAT DAN MENDENGAR bcaan ana.. ana bertawakal.. ana bce al-qurann ni punn sbb niat nak blaja dan ingin mengkhatamkan al-quran.. setelahh selesai bcaan al-quran, ana menciumm nye byk kali.. ya ALLAH! mcm ciumm pipi mak je. hehe.. rasa rinduu plakk kat al-qurann ni.. mcm kekasihh ana pula, hehe al-quran ni la menjadi teman hidup ana.. bile bce al-quran jee mesti nanges dan gembira.. dan mengadu kpdNYA ape yg tersiratt di hati ana ni..
ya ALLAH, ana harap bile di alam kubur nanti die lahh menjadi pembela ana.. amin ya rabb.. ana harap sgt.


bile ana hadapi masalahh, ALLAH sahaja laa tempatt ana mengadu... ana mengaku ana insan yg lemahh dan takut kpdNya.. ana tak nak jadi org yg lalai di muke bumi ALLAH ini.. ana da serikk.. serik! ya ALLAH susahh ana ingin ungkapkann betapa cintanya ana kepadaMU ya ALLAH :'( mmg ana menanges tak pernahh menitiskan air mata.. tapi hati ana ikhlas.. biar lahh org kata ana ni berpura2 menanges.. ana tak kesa.. hanya ALLAH sahaja memahami ana, logikk kah atau xlogikk ana menanges krneMu..

sampai di sini sahaja ana menaip..
assalamualaikum, ana hanya berkongsi cerita sahaja. terima kasihh krne sudi membaca (: semoga kalian tidak akan menjadi org yg lalai di muka bumi ALLAH ini.. amin ^^

Monday, March 28, 2011

kisahh hasif maula hassan (auladku)

assalamualaikumwarahmatullahhiwabarokatuhh.
salam ukhwah kepada semua umat islam..
dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim.

ana ingin berkongsi cerita dgn antum :) kisah auladku ini. hehe 
sejak dua tiga hari ni ana xde di SRAHSI kerana ade urusan penting di cheras, selangor. yg take over tmpt ana ialah ukhti zana.. ana rasa berat nak tgglkan  mereka walaupun tiga hari.. 
semalam ana masuk kerja tapi lambat lagi, 1 jam nak masuk kerja. so ana pergi berjumpe dgn kawan ana, MARYAM. ketika ana ingin pergi ke pejabat berjumpe dgn kawan ana, ana lalu dalam kelas 1 khatidjah.. tetibe  auladku, HASIF menjerit dgn penuhh ceria lalu memeluk ana erat2.. ALLAH! lgsg xbernafas.. tolong... tolongg.. hehe. hasif kata da lama xjumpe muallimah... dgn muke sedihh. kawan ana berkata ade juga anak murid begitu sayangg terhadap dirimu.. ana rasa maluu la plak.. pelukk lame btol. dalam budak2 educare, hasif la paling manje. sygnye selalu dipulau olehh banat dan sesetengah aulad. hasif slalu dtg kepadaku, mengadu dan mcm2 laa.. bile die nanges, aduhhh terpaksa ana peluknye... memujuknye.. tudung ana ni sering dibasahi olehh air mata ahli2 syurga ni bukan die saja, budak2 lain pun sama. hehe :) tapi semua nye jeles bile ana manje ngan budak2 lain.. mule la salah sorg tarik ana bisik2, ckp jgn dekat dan manje sgt ngann budak2 ni semua.. ana tergelakk.. ya ALLAH. klakar la dieorgg ni. setiap kali ana tertekan dgn masalahh.. dieorg la penghibur lara.. dan buat ana tersenyum..

arif dan hasif

ana suke ngusik si hasif ni.. masa die pelukk ana. ana cakap ngan die, yg ana ni saja je singgah2 sini wat kali terakhir.. pastuhh dieorg ckp sape nak ajar kami mengaji.. pastuhh ana terdiamm sebentar.. ana cakap mh zana ada.. muke hasif mule berubahh. ana pun bg la nasihat mcm2 kat die.. pastuhh kawan ana ckp, nape la ana suke ngusik budak2 ni.. tgk2 hasif lari kat tmpt die, trus nanges.. ya ALLAH dah la time examm, kelam kabut ana dibuatnye utk menenangkan keadaan hasif ni.. fuhh. ana trus pergi ke educare. hmm bile tgk hasif nanges, ana da la kerja sementare di SRAHSI ni rasa beratt nak tgglkan dieorgg.. hmmm takpe laa ana terpaksa meneruskann perjalanan sbgi hamba ALLAH utk mencari ilmunyaa.. okehh sampai dsini saja ana ingin bercerita, assalamualaikum.. terima kasih kerne sudi membcenye :D

Monday, March 14, 2011

kaum hawa (:

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
Salam kepada semua umat islam ^^
Dgn lafaz bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdullillah ana masih lg aktif dgn blog ana yg simple. Skrg nak hampir pukul 12 tgh malam.. ana masih lagi tak tido, besok da la kerja.. huhu tghari tadi ade kemalangan di tempat kerja ana..  dapur terbakar di buat oleh ana. Hehe khusyuk memasak sampai api marak! Masihh lagi tak sedarr.. anak murid ana da terjerit2 minta bantuan dr jiran, main serbu masuk rumah org, xbg salam plak tuh. Aduhh. Klaka btoll gelagat anak2 muridku ini. ^^ dlm beberpe minit bru sedar api da marakk sgt.. huishh..  tiup la api tuhhhh sampai padamm, wow cm celebrate besday plakk.. huhuhu. wahai dila, sudah2 la tuhh. mehh kite pi kat topik kite mengenai kaum hawa pada zaman kini..




oke2, disini ana ingin berkongsi cerite mengenai kaum hawa zaman skrg nii.. ana mengemukakan topik ni pun sbb ana berusrahh dgn sahabat ana ketika anak2 murid sdng bermain2 di depan kelas. so ade kesempatan utk berbincng mengenai topik ni.. kami ingin mempertahankan kaum hawa ini agar tak terperangkap dan terngap! ngap! ngan kaum adam.. ni berkaitan dgn aurat kita. adakah kite sudah menutup aurat kite sepenuhnye? mari kite renung2kan..

mesti kaum hawa tau kan, nafsu kaum adam ni  susa nak terkawal apabila melihat kaum hawa yg mendedahkan aurat, sperti pada rambuttnya, eiii bile mengibar2kan rambut kaliann, mule la kaum adam rasa huishhhh. tgn da hampir nak capai da.. eishhh! sayang nya bakal suami kita xdpt menjadi org pertama memegang rambut kaliann.. wahai kaum hawa, tutup laa rambutmu itu kerana itu sebahagian auratmu dan perhiasan utk bakal suamimu.. lg2 kalau tidak menutupnya, boleh mendapat dosa malah masuk api neraka... ya ALLAH, sehelai rambut pun da kire beribu2 thun duk api neraka, apetah lg berhelai2 rmbutt.. fikir2kan lahh wahai kaum hawa yg tidak menutup aurat.. kita duduk di dunia ni hanya sementara bukan bersuka ria utk di dunia yg fana ini.. andai kata ajal kita keesokan hari bukan kahh rasa menyesal!!!! bru nak berubahh! huishh... ya ALLAH, bukakan lahh hati kami seluas2nye utk menerima hidayah mu dan petunjukmu agar kami tidak lalai di dunia yg fana ni.. wahai kaum2 hawa marilahhh kita bertaubat kpd ALLAH TA'ALA, ape kekurngnya kita ini... kita sbgi hamba ALLAH sentiasa ade kekurngn.. 

oke disini ana ingin share artikel ni, kita harus mengambil ikhtibar! dan ikut! serta menghayatiinya!


satu artikel yg sesuai tuk muslimah....


Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.
Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki,
Maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanitaitu dapat memikat hati lelaki,
Bila berkata tentang terpikat,
Maka ia ada hubungkait dengan nafsu,
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
Ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.
Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman,
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya...
Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol,
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.
Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah
rambut wanita berkenaan.
Makaakan ditafsirlah berbagai-bagai cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.
Oleh kerana itulah wanita wajib menutup auratnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya,
Maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payudaranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payudaranya dengan melabuhkan tudungnya.
Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya,
Maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya,
Maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya,
Maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya,
Maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
Maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pahanya walaupun sedikit,
Maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula,
Maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika ia memakai seluar, walau nampak besar sedikit, nafsu kami akan terusik secara spontan, entah tak tahu kenapa?
Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu untuk tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokin yang warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
Maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
Maka tolonglah wahai Muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah,
kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup solehah, takut mukanya yang cantik akan akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.
Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit, iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan spontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya ada pada perempuan.
Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai Muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan dianggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing-masing.
Jangan keluar seorang2, keluarlah dengan mahram,
atau keluarlah sekurang-kurangnya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, InsyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah, "Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih ia tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri-curi melihat wanita muslimah, kerana ia dlarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatlah wahai muslimin dan muslimat.
walau tidak semua orang seperti itu tapi zaman sekarang ini amat sukar untuk mencari yang betul2 baik dan soleh@solehah.......
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri...
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga..

ayuh! kaum hawa! ape lagi tukar la penampilanmuuu dan mengubahh la sikapmu kearah kebaikann... insyaALLAH, ALLAH sentiasa melindungimu, buka lah mata kalian seluas2nya dan fikir2kannn lah!! bhwa ALLAH sayang akan hambanya yg ingin berubah ke arah kebaikan. itu da kire kemanisan iman!!!
renung2kan lahh, jadi kan panduan hidup anda.. ^^

ps: jika ana tersalah taip atau kata2 yg tidak spatutnye sila tegur2 ea.. ^^

wallahualam.. assalamualaikum